Kem Motivasi : Insan Cemerlang (siri 1), Institut Al-Quran Terengganu (IQT).
- KhiFa Consultant
- Jan 28, 2016
- 1 min read
KhiFa Consultant telah dijemput untuk menjadi Fasilitator dalam Kem Motivasi : Insan Cemerlang (Siri 1). Kem Motivasi ini telah berlangsung 3 hari 2 malam, bertempat di Peladang Setiu Agro Resort, Setiu, Terengganu. Seramai 58 orang peserta daripada Institut Al-Quran Terengganu (IQT) telah mengambil bahagian dalam kem ini. Mereka terdiri daripada pelajar diploma daripada semester 2, 4 dan 6. Seorang pengiring daripada IQT iaitu Puan Iffa yang juga merupakan kaunselor di IQT. Lapan orang Fasilitator telah dilantik bagi mengendalikan Kem Motivasi tersebut yang mana 3 orang fasilitator daripada KhiFa Consultant, 3 orang dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan 2 orang daripada Politeknik Kuala Terengganu (PKT).


Sedikit kenangan aktiviti sepanjang kem berlangsung :
Kem dimulakan dengan ice breaking yang mana telah dikendalikan oleh Azizi (Ketua Fasilitator 'Taiko').
* ice breaking games - people to people, binggo.
Modul pertama Kembara Ke Zuhal yang telah dikendalikan oleh Zulfatah (KhiFa Consultant).
Modul kedua adalah Muhasabah Diri yang telah dikendalikan oleh Sanurizwanie dan Farhana (UMT).
senaman pagi dan jungle trakking
modul Pengucapan Awam (botol beracun) yang telah dikendalikan oleh Azif (Black)
aktiviti explorace
modul talent night dikendalikan oleh Hafidz dan Farhana
modul Menara Impian yang dikendalikan oleh Azizi dan Hazwan
Rumusan besar / penutup.
Comments