

"..Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat.."


KHIFA CONSULTANT
setiap program mempunyai matlamat dan objektif yang harus dicapai. tugas kami adalah untuk membantu pihak anda, dalam melaksanakan program dan seterusnya, bersama-sama dalam mencapai matlamat dan objektif yang telah ditetapkan.
pelbagai program yang boleh dikendalikan oleh pihak kami.......
PROGRAM KEPIMPINAN
program yang berbentuk kepimpinan biasanya untuk mendedahkan peserta kepada cara kepimpinan yang terbaik. modul-modul berteraskan kepimpinan diubahsuai mengikut kesesuaian bagi mencapai objektif program.
PROGRAM PENGURUSAN MASA
program pengurusan masa amat popular dalam kalangan penganjur program kerana masa itu sangat bernilai. pengurusan masa yang baik boleh menjamin kejayaan seseorang. program sebegini memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan masa dan cara pengurusan masa yang efektif.
PROGRAM TEAM BUILDING
program berteraskan team building boleh mewujudkan kepercayaan (trust) di antara ahli kumpulan. kebiasaannya, program sebegini dijalankan bagi mewujudkan semangat kerjasama dalam kumpulan atau kelompok.
PROGRAM MELIBATKAN KESEDARAN
program yang berkaitan kesedaran dapat membantu peserta agar lebih sedar akan dirinya. program sebegini akan lebih tertumpu kepada diri peserta dengan menggunakan kaedah-kaedah yang sesuai bagi membangkitkan kesedaran dalam diri peserta.
PRORAM PECUTAN AKHIR
kebiasaanya program pecutan akhir dibuat bagi peserta yang bakal menduduki ujian sama ada UPSR, PT3, SPM, Final Exam dan sebagainya. program ini lebih tertumpu untuk meningkatkan kesedaran kendiri peserta sebelum menduduki ujian penting.
TRAINING OF TRAINER (TOT) / KURSUS FASILITATOR
program melibatkan kursus fasilitator / training of trainer (TOT) ini lebih tertumpu untuk mengajar dan memberi tunjuk ajar kepada peserta. objektif kursus ini adalah untuk melatih peserta agar berdikari dan boleh bekerja sendiri tanpa melibatkan bantuan orang lain.