Training Of Trainer (TOT), Politeknik Kota Bharu
- khiFa Consultant
- Dec 31, 2015
- 1 min read
Program pertama KhiFa Consultant adalah mengendalikan kursus Training Of Trainer (TOT). TOT ini telah dijalankan di Student Centre, Politeknik Kota Bharu. Seramai 17 orang fasilitator yang yang terdiri daripada Ahli PRS, PKB telah terpilih bagi mengendalikan Slot Team Building yang dianjurkan oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Ketereh. Dua orang Pegawai Psikologi daripada Unit Psikologi dan Kerjaya, PKB turut sama terlibat sepanjang TOT dijalankan.
Tugas KhiFa Consultant dalam TOT yang telah dijalankan adalah memberi tunjuk ajar dan melatih 17 orang fasilitator terpilih tersebut dalam mengendalikan program.
Perkongsian ilmu juga turut dibuat bagi sama-sama memperoleh manfaat yang berguna dalam menjalankan aktiviti.

*memberi penerangan serta perkongsian ilmu bersama 17 orang Fasilitator
Aktiviti yang dijalankan semasa TOT adalah, aktiviti icebreaking, game titanic / kapal pecah, kacang toyol.
1. Ice Breaking. (Roda Impian + Duniamu Duniaku)
2. Game Titanic / Kapal Pecah
3. Kacang Toyol
TOT berakhir dengan taklimat mengenai pergerakan, pemakaian, disiplin dan lain-lain. Diharap 17 orang fasilitator yang dilantik ini dapat menjalankan tugas mereka dengan jayanya dan seterusnya boleh menjadi pembimbing kepada ahli-ahli yang lain.
"..Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat.."
Comments